2. Alhamdulillah


Hari ini, saya sudah menyiapkan bab 1 dan bab 2. Alhamdulillah...pada hari ini juga, kami mengadakan perbincangan dalam kumpulan bagi menyiapkan blog masing-masing. Sesuatu perkara akan menjadi lebih mudah jika berbincang. I'Allah, selepas ini, penulisan bab 3 akan diteruskan dan bahan-bahan blog akan ditambah....Salam Ramadhan.. Read More..

1. Assalamualaikum Pembuka Bicara

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan......semoga dengan datangnya bulan yang penuh keberkatan ini, diri ana ini dapat menambahkan amalan yang kebanyakannya telah ditinggalkan sebelum ini. MasyaAllah................


Alhamdulillah, dengan izin Allah, bermulalah sesi pembelajaran bagi tahun akhir setelah ana menjalani latihan mengajar selama 8 minggu di SMK Jalan 3. Pelabagai dugaan dan rintangan yang perlu dilalui. Pelbagai kesusahan hidup akan lebih difahami jika kita berani menempuhinya dan ianya bakal mematangkan kita khususnya dalam bidang yang bakal ana perjuangkan iaitu bidang pendidikan.


Satu tugasan yang baru diterima selelah memulakan sesi pembelajaran ialah berkaitan penulisan latihan ilmiah Kursus (GE 4013). Alhamdullillah, apabila saya mendapati saya bersama dengan 3 rakan yang lain di bawah penyelian Dr Hjh Fatimah Yasin, saya mula membayangkan apakah tugasan yang perlu dibuat. Saya mula menanyakan rakan-rakan berkaitan dengan bentuk tugasan-tugasan lepas yang telah dibuat oleh senior di bawah penyeliaan Hjh.


Rakan saya, zulkarnain mula menanyakan berkaitan dengan bentuk tugasan yang perlu dibuat. Begitu juga dengan 2 rakan yang lain iaitu Rohaidah dan Nadia yang tidak tahu berkaitan dengan bentuk tugasan yang perlu diselesaikan. Alhamdullillah, saya dan rakan yang lain mendapat balasan email dari Dr Hjh Fatimah berkaitang dengan tugasan yang perlu dibuat "Pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran" .


Saya langsung tidak berjumpa secara bersemuka dengan Hjh Fatimah. Kami diminta untuk berhubung melalui email dan alam maya. Alahamdulillah, berbekalkan maklumat yang diberikan oleh Dr dan rakan-rakan senior yang lain, saya mula memulakan langkah dengan mewujudkan satu blog dalam https://www.blogger.com/start. Saya sudah memiliki blog sebelum ini. Tetapi, saya mengambil sikap acuh tak acuh disebabkan saya merasakan tiada kepentingan dan saya juga buta dalam blog. Saya tidak pandai untuk menguruskan blog saya sendiri.



Alhamdulillah, melalui tugasan ini, saya kini dapat mewujudkan blog saya sendiri. Sebelum ini, saya tidak tahu menahu berkaitan dengan blog. Saya hanya tahu membuka blog orang lain dan kini saya mempunyai blog saya sendiri. Saya mula mananyakan rakan-rakan yang tahu berkaitan dengan blog. Saya mula mengambil gadget yang sesuai dan template yang sesuai untuk blog saya. Memang pada mulanya, saya mengambil masa yang lama untuk menguruskan perkara-perkara sebegini. Maklumlah, kali pertama.


Saya membuat 4 blog dan membuat link antara satu sama lain.
Blog pertama : Laman pembelajaran ( Saya memilih untuk mencari maklumat berkaitan dengan perkahwinan. Sesuai dengan tajuk perkahwinan yang diajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 5 dalam dalam bahagian ibadah.
Blog kedua : Maklumat peribadi
Blog ketiga : Blog pilihan
Blog keempat : Refleksi ( laman ini)


Alhamdulillah, saya telah mencipta tapak dalam blog ini. Saya hanya perlu postkan bahan-bahan untuk blog ini. I'Allah, pada hari ini juga, saya ingin memulakan penulisan laporan untuk latihan ilmiah ini. Saya perlu menyiapkan Bab 1 dan Bab 2 dengan seberapa segera. Insya Allah...Allah S.W.T. akan menolong mereka yang berusaha......SLM.....Sekali lagi...AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN........BULAN RAHMAT,,,,BULAN KEAMPUNAN....I'Allah, kita akan bertarawikh malam esok....

Read More..
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 REFLEKSI |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.